Aku dan bipolar

Assalamualaikum and hai. Hari ni saja mau share tentang kisah aku. Aku salah seorang pesakit bipolar disorder. Yang mulanya type 1 tapi berpindah kepada type 2. Sebab mula-mula aku kena pun sebab full manic. Masa tu hilang kesedaran terhadap realiti. Penuh dengan halusinasi masa tu. Dia bermula hujung tahun 2018. Tangan aku bengkak. Kaki aku sakit sampai aku tidak boleh berjalan. Sebulan aku terlantar di rumah. Hanya mampu dipapah kalau mahu ke mana-mana. Bermacam-macam ubat aku makan. Aku pada mulanya bukannya pandai makan ubat biji-biji tu. Tapi sejak aku sakit, dari situlah aku belajar untuk makan. Aku sebenarnya tidak tahu pun aku sakit depression ni sampailah satu hari tu time aku terlantar di bilik aku merepek bukan-bukan dalam group telegram. Aku ubah dp dengan kata-kata. Yang aku ingat aku cakap kat dp tu kawan aku di bulan. Masa tu tiba-tiba orang dalam group tu cakap baik aku pergi jumpa psikatris. Tapi masa tu masih bingung lagi. Sebab diri sendiri pun tidak sedar apa yang berlaku. 

Sampailah satu malam aku tidak tidur sampai jam 5 pagi semata-mata mau tengok dp orang lain. Aku trigger sangat bila tengok dp mereka. Sebab aku ingat dp dorang tu ada kaitan dengan aku. Macam kiranya satu hint untuk aku. Padahal orang-orang yang aku selalu stalk dpnya tu bukannya kenal aku pun. Kami cuma dalam satu group untuk sebuah channel yang aku join lah kiranya. 

Bila aku sudah tidak tidur sampai lewat pagi. Aku trylah tidur jam 5 tu. Tiba-tiba aku terbangun pada pukul 6 pagi. Dalam keadaan bertenaga pula tu. Tiba-tiba aku boleh keluar bilik bagi makan kucing. Pastu pagi tu kalau tak silap aku, aku makan sarapan. Pastu start sana aku tiba-tiba jatuh pastu nangis. Bermula di situ lah aku hilang kesedaran dengan realiti. 

Satu hari aku dibawa ke rumah makcik. Masa tu aku berhalusinasi. Aku takut sangat dengan halusinasi aku tu. Aku ingatkan family mau buang aku ke angkasa. Kiranya aku terbang ke angkasa tanpa makanan dan semua. Masa tu perasaan takut hanya Allah jak yang tahu. Sampai di rumah makcik, aku dibawa ke hospital pada suatu malam sebab aku Mengadu sakit kepala. 

Lepas tu di hospital tu bermacam lagi halusinasi yang aku lalui. Sampaikan mata aku naik ke atas sebab terlalu sakit. Aku terlantar tak boleh bangun di hospital tu selama seminggu. Hos cucuk sana sini di badan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 

Aku beransur pulih dari halusinasi ni tahun 2019. Hari ni dah tahun 2022. Penat mau hadap sakit ni. Aku penat sangat. Aku sekarang selalu sangat depress. Hipomanic sekali-sekala. Tapi lebih kepada depresslah. 

Aku cuma mau satu. Aku mau sembuh dari sakit ni. Tidak mau alami lagi. Bantulah aku ya Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah