Aku gadis hijrah


Terkadang aku termenung melihat langit senja. Seharian aku melalui hari yang sukar. Aku seorang gadis hijrah. 

Langit senja itu seperti memahami. Seolah mengukir seribu satu kenangan. Hari ini aku sedih lagi. Aku menangisi hijrahku. Lama aku berpaut pada kata hijrah. 

Namun mengapa manusia masih tidak memahami? 

Buatmu yang berada atas jalan hijrah, semoga kau kuat. Jangan pernah mengalah ya! Kita memiliki rasa yang sama. Jangan fikir engkau bersendirian. 

Buat mata yang sedang membaca ni. Aku doakan engkau tidak berpaling arah. Aku tahu jalan ini sukar dan perit rasanya. Namun ingatlah bahawa pengakhirannya bakal indah. 


Kita berubah biarlah ikhlas kerana Allah. Pilihlah sahabat yang selalu mengingati kita tentangNya. Pilihlah ukhuwah yang benar.

Aku teringat kata-kata seorang kawan. Katanya;

"Jalan hijrah itu bukan ditaburi bunga-bunga, bukan dibentangi permaidani merah, bukan jalan yang mudah. Sebaliknya jalan yang penuh godaan, tentangan dan duri."

Jadi kena kuat untuk hadapi. 

Sahabatku, jangan lemah semangat ya! Aku tidak kuat melihat kau berubah. Aku sendiri di sini. Kau tak seperti dulu lagi. Aku sayangkan kau kerana Allah walau siapapun dirimu ketika ini. 

Sama ada kita saling mengenali atau tidak, kita semua bersaudara;

Kerana persahabatan ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka seluruh tubuhnya akan ikut sakit.

Salam ukhuwah fillah;)





Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.