Aku dan bipolar
Assalamualaikum and hai. Hari ni saja mau share tentang kisah aku. Aku salah seorang pesakit bipolar disorder. Yang mulanya type 1 tapi berpindah kepada type 2. Sebab mula-mula aku kena pun sebab full manic. Masa tu hilang kesedaran terhadap realiti. Penuh dengan halusinasi masa tu. Dia bermula hujung tahun 2018. Tangan aku bengkak. Kaki aku sakit sampai aku tidak boleh berjalan. Sebulan aku terlantar di rumah. Hanya mampu dipapah kalau mahu ke mana-mana. Bermacam-macam ubat aku makan. Aku pada mulanya bukannya pandai makan ubat biji-biji tu. Tapi sejak aku sakit, dari situlah aku belajar untuk makan. Aku sebenarnya tidak tahu pun aku sakit depression ni sampailah satu hari tu time aku terlantar di bilik aku merepek bukan-bukan dalam group telegram. Aku ubah dp dengan kata-kata. Yang aku ingat aku cakap kat dp tu kawan aku di bulan. Masa tu tiba-tiba orang dalam group tu cakap baik aku pergi jumpa psikatris. Tapi masa tu masih bingung lagi. Sebab diri sendiri pun tidak sedar apa yang b...