Takdir


"Kau lari dari medan jihad!"

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz ni. Lalu aku pergi sendiri untuk bertanya padanya;

"Benarkah aku lari dari medan jihad?" 

Ustaz terkedu tanpa sebarang kata. Kehairanan mungkin? 
Atau dia sedang lupa? 

Aku memandangnya sekilas. Kelihatan seribu kerutan di dahi. Lalu dia pun mula menasihati.

Antara katanya yang aku still ingat;

"Walau apapun yang terjadi dalam hidup ini, ingatlah Allah sentiasa bersama hambaNya, La Tahzan Innallaha Ma'ana."

Itulah kali terakhir nasihat seorang ustaz yang paling aku ingati. Selepas daripada peristiwa itu aku mengelakkan diri dari berjumpa dengan sesiapa pun yang ada pada saat itu. Sungguh aku tidak pernah terfikir untuk menjadi senekad itu. 

Padahal aku sedar bahawa kata-kata itu bukan ditujukan pada aku pun. Tapi tulah sampai sekarang masih teringat dan terbayang-bayang.

Jadi lama-lama aku sedar tentang makna 'takdir'. Sebenarnya setiap apa pun yang didengari dan dilihat semuanya telah ditakdirkan. Benar, tiada yang kebetulan dalam hidup ni. Semuanya telah diatur oleh Allah cantik-cantik. 

Jadi tentang perkataan itu, aku pelik kenapa sampai sekarang aku tidak boleh lupa? Mesti ada sebab Allah beri aku rasa sebegini. Sakit, perit. Seolah hendak rebah. Itulah namanya takdir.

So aku belajarlah untuk tidak meremehkan apa yang aku pernah lihat dan dengar sepanjang hidup ni biarpun ucapan itu bukan ditujukan pada aku pun. Sebab yang memperdengarkan kita tentang hal itu kan Allah. Semua yang berlaku ni ada hikmah. 

Benar, menuntut ilmu kan jihad? Kadang aku tidak sedar betapa lemahnya diri aku. Macam-macam Allah beri lihat. Sebelum meninggalkan jejak dari medan jihad itu Allah memperlihatkan aku satu video ni. Tentang seorang pelajar sekolah yang kena langgar lori sampai terputus kaki. Tapi masa tu dia masih sedar. Kesian tengok. 

Masa tu terfikir juga, betapa besarnya dugaan yang dia terima berbanding aku. Tapi tulah aku masih bertindak melulu. Sebab, banyak perkara yang aku tidak faham sampailah hari ini. Ada banyak benda yang berlaku di sana. Misteri. InshaAllah aku akan rungkaikan suatu hari nanti😌. 

Nantikan next post.

Comments

Popular posts from this blog

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah