Selamat tinggal Putih ๐
Sad-tember.
Putih yang dicintai pun telah pergi buat selamanya.
Mungkin ini kiasan di saat aku melepaskan amanahku baru² ini.
Mama dan cousin tahu lebih awal tapi dorang tidak bagitau aku, mungkin takut aku sedih. Tapi akhirnya dapat tahu juga semalam.
Lepas balik dari vaksin aku panggil² nama Putih tapi tidak menyahut. Terus pergi rumah sebelah tengok dalam almari tempat dia bersorok selalu. Tapi malangnya tiada juga. Tercari-cari, akhirnya mama cerita semuanya.
Cousin jumpa Putih dalam almari tu. Putih dikuburkan tanpa pengetahuan aku. Tidak sempat jumpa Putih buat kali terakhir.
Sebenarnya Putih digigit kucing sampai luka teruk. Rasanya ada luka dalaman sebab 2 hari lepas gaduh dia nampak lemah sangat.
Lagi menyedihkan bila pakcik terkunci dia dalam almari bantal sehari lepas gaduh. Masa tu badan dia lemah. Aku jerit panggil nama dia. Last² mama jumpa dalam almari bantal tu.
Terus pergi tempat almari dia selalu bersorok tu. Kesian sangat tengok sebab muka dia dalam ketakutan. Mesti takut dalam tu, sudahlah gelap pastu ruang sempit. Mesti dia susah bernafas.
Bila ingat balik semua ni aku sedih sangat. Aku seolah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang tuan untuk membahagiakan dia.
Tapi sebelum dia start kena gigit tu dia nampak bahagia. Dia macam tidak mau berpisah dengan aku. Asyik ikut ja pergi mana pun.
Tapi tidak apalah aku redha.
Mungkin berakhir sudah rezeki Putih di bumi ni. Cukup setakat tu ya Putih.
Pengakhiran Putih tidaklah setragis Dendo. Kena gigit anjing depan mata aku dalam keadaan bunting. Dengan anak sekali mati. Mati sekelip mata.
Ya Allah kenapa teringat๐ฅ. Sedih betul!
Hari tu masa naik kereta sikit lagi terlanggar anak kucing melintas jalan dalam keadaan sakit.
Hari tu pernah nampak kucing dilanggar depan mata.
Kucing dibakar dalam video viral.
Semua ni menyedihkan sebenarnya. Tapi mau buat macam mana. Itulah nasib mereka terima. Sudah ditentukan sejak azali bagaimana permulaan dan pengakhiran mereka.
Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana pengakhiran kita.
Kepada Putih, terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku, pernah bahagiakan aku. Jumpa di Sana ya Putih. Nanti izinkan diri jadi saksi bahawa aku pernah sekali bahagiakan Putih.
Salam sayang,
Hida
Comments
Post a Comment