Overthinking pembunuh senyap !!



Sering terjadi sesuatu yang membuatkan kita overthinking. Mungkin saja kita memikirkan perkara yang sudah berlalu iaitu trauma masa lalu. 

Atau mungkin memikirkan masa depan yang belum terjadi. Atau mereka-reka cerita horror dalam minda. Semua tu punca kita overthinking.

Bagaimana untuk atasi?

Nampak mudahkan untuk menanyakan soalan ini. Namun jawapannya tak semudah itu. 

Jawapan sudah ada pada diri. Tapi tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya lagi. Mungkin belum kuat lagi!

Tidak mengapa teman.

Allah akan selalu ada. Antara ujian yang paling berat adalah ujian perasaan. 

Yakni OVER THINKING itu jugak.

Kalau terjadi perkara ini cepat² istighfar. Aku tahu bahawa kau telah melaziminya sehari-hari. Dan mungkin adakalanya mulut kau terkunci. Mungkin terlalu lelah. Tidak mengapa, yang penting kau telah berusaha. 

Over thinking boleh menjadi racun teman. Saat ia mewarnai minda dengan warna² gelap dan keruh. Ia mampu membunuh kita dalam diam.

Maka, jika ianya berulang amalkan satu tips ni. 

Saat over thinking menguasai, 

Pandanglah sekeliling.

1. Tatap lima benda yang boleh dilihat
2. Empat benda yang boleh disentuh
3. Tiga benda yang boleh didengari
4. Dua benda yang boleh dihidu
5. Satu benda yang boleh dirasa dengan lidah

Moga bermanfaat. 

Teruskan perjuangan ya. 

Nasihat untuk diriku jugak :)

" Tidak mengapa untuk berehat. Yang penting jangan pernah berhenti. ❤️ "

Mumkin ?

Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah