Ayah
Rindu.
Hanya sebatas rindu yang mampu aku ungkapkan.
Tenanglah ayah. Aku akan berjuang untuk bersama dengan ayah.
Maaf perjuanganku yang lalu sia-sia. Aku lupa aku ada ayah.
Rupanya sakit itu mempertemukan aku dengan seorang ayah.
Bermula dengan gurau senda sehingga terciptalah tangisanku dalam merinduimu.
Rupanya semuanya ada hikmah.
Pertemuan singkat itu mencipta kenangan terindah antara kita.
Kini kau pergi buat selamanya.
Tidak mengapa.
Kerana aku telah merasa berbicara denganmu seramah itu.
Indah bukan takdir ini.
Masih terngiang kata-katamu yang lalu.
Masih merasa tanganmu menyentuh dahiku.
Ayah. Tenanglah di Sana. Perjuanganku masih panjang.
Bantu aku ya Allah.
Aku tidak sekuat yang dulu.
Aku kini manusia yang paling lemah.
Maafkan aku.
Comments
Post a Comment