Ujian aku berat?
Bila kita diuji oleh Allah, jangan mudah mengeluh.
Jangan pernah mengatakan;
"Ujian aku berat!"
Jangan pernah merintih sebegitu. Ingat!
Ujian penduduk Palestin di sana jauh lebih berat berbanding kita. Diuji dengan kesakitan, kehilangan insan tersayang dan penderitaan-penderitaan lain.
Namun lihatlah senyuman mereka.
Mungkin mereka tidak pernah tahu pun ujian mereka seberat itu. Ingat tak kisah ikan pelik? Kehilangan kebebasan dalam hidup. Namun masih nampak tenang dan nampak bahagia dengan cara tersendiri. Adakah ikan tiada perasaan?
Aku yakin, setiap makhluk ada bahagiannya masing-masing.
Ustaz aku pernah berkata;
"Jangan pernah mempersoalkan kenikmatan pada makhluk ciptaan Allah. "
Samalah macam kita. Kalau lihat riak wajah anak-anak Palestin, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dalam hidup mereka. Kelihatan wajah-wajah yang bahagia.
Namun jauh di sudut hati mereka, mereka inginkan kebebasan macam kita di Malaysia. Tapi mereka tidak dapat mengungkapkan perkataan itu.
Jadi pilihan untuk mereka bahagia itu ada pada diri mereka. Allah cekalkan hati mereka untuk terus bernafas dengan ceria. Atau mungkin Allah membuatkan mereka lupa akan pergolakan sekarang? Mungkin saja!
Jadi kita bagaimana? Adakah dengan sedikit dugaan ini membuatkan kita rapuh seperti ini sekali?
Kita semua kuat!
Kerana Allah sudah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286 mafhumnya;
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
Jadi perlu ingat, setiap ujian yang hadir dalam diri kita sebenarnya kita mampu pikul. Hanya mata yang memandang ujian seseorang itu yang merasakan bahawa ianya berat. Sebab itu setiap kita diuji dengan berbeza-beza supaya apabila kita ditimpa musibah kita boleh melihat ujian yang lebih berat berbanding kita.
So semangat ya!
Comments
Post a Comment