Physics VS Biology
Kau suka matapelajaran yang mana?
Physics or biology?
Kalau aku, lebih suka biologi.
Sebab cita-cita nak jadi doktor sebenarnya! Walaupun kecil-kecil tengok doktor pun takut.
Ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Masa tu betul-betul tak tahu nanti besar mahu jadi apa. Bila kawan nak jadi polis aku pun nak jadi polis.
Pernah suatu hari cikgu suruh tulis cita-cita masing-masing di dinding kelas. Pastu tiba-tiba nampak kawan tulis peguam, terus aku pun tulis la peguam. Padahal masa tu tidak tahu pun apa itu peguam. Haha
Setiap naik tahun cita-cita asyik berubah.
Tapi bila naik tingkatan 4 tiba-tiba terpilih masuk Science Stream. Walaupun pada masa tu ada peluang lagi untuk masuk kelas lain. Tapi dalam hati aku nak juga belajar ilmu sains dengan mendalam.
Walaupun orang paksa untuk tukar aliran sebab subjek tu susah tapi aku tetap dengan pendirian aku.
Memang aku tak kisah langsung pasal result SPM nanti sebab niat aku cuma hendak belajar.
Ada hikmah lah juga!
Walaupun tiada kawan pun dalam kelas tu yang rapat macam kawan-kawan sebelum ni, tapi aku tetap bertahan selama 2 tahun.
Entah kenapa tiba-tiba jadi antisocial kan. Jadi makhluk halimunan bak kata Cikgu Fizik. Allah, sedihnya!
Tertanya juga kenapa aku lebih sukakan BIO berbanding FIZIK? Selain nak jadi doktor, aku juga nak belajar struktur dan fungsi tubuh manusia serta nak cipta satu ubat. Kata pensyarah aku dulu,
''Mungkin ada antara kamu semua ni yang akan cipta ubat melawan kanser."
MashaAllah masa tu terbayang-bayang betapa bagusnya kalau dapat berbakti sebegitu.
Dulu aku suka tengok medical drama bertajuk, THE GOOD DOCTOR. Terus terbayang-bayang nak jadi genius macam pelakon utama tu.
Lagi satu paling suka buat karangan panjang-panjang kalau exam atau buat latihan. Ada satu buku latihan tu, aku antara yang siap awal sebab ter'minat' sangat dengan buku Bio tu.
Kalau FIZIK pula?
Bukanlah benci Fizik sebenarnya. Tapi aku tidak berapa minat bab mengira. Kalau Fizik biasanya lelaki lah yang minat.
Betul kan?
Adalah juga perempuan yang minat, macam roommate aku dia minat Fizik. Sebab dia lebih kepada mengira.
Teringat pula masa di UITM. Kenangan manis dan pahit juga sebenarnya.
Pagi itu kelas berjalan seperti biasa di bangunan ujana sarjana. Tiba-tiba nama aku dipanggil oleh salah seorang pelajar. Masa tu pembahagian markah MAT133.
Nama aku dipanggil diiringi bersama tepukan gemuruh oleh pelajar-pelajar sekelas. Aku pun ambil kertas tu. Terpampang markah sembilan puluh something peratus. Last-last tengok nama rupanya roommate aku punya.
Kertas aku pula dekat tangan roommate aku.
Entah kenapa sebut nama aku.
Malu!
Sebab tu aku kata roommate aku, subjek mengira memang dia pakar.
Aku pula? Memang set-set nak ambil Bio sem 4 nanti. Tapi tidak kesampaian.
Kawan-kawan semua sudah habis diploma tahun ni!
Ada yang masuk degree, kos Fizik dan ada yang terarah dalam bidang Biologi hehe.
Walaubagaimanapun aku tetap minat pada subjek Bio. Walaupun impian nak jadi doktor tu tidak kesampaian tapi tidak salahkan untuk belajar!
Comments
Post a Comment