Pertemuan kita.
Quiz halaqah bermula.
Malam itu tiba-tiba Kak Huda bagi quiz. Bila sampai part aku, tiba-tiba dapat soalan pasal kenangan manis pula.
''Apa kenangan manis yang tak boleh dilupakan!"
Lama juga aku memikirkannya.
Apa ya!
Kak Huda dan Salwa masih menanti.
Aku tiba-tiba bersuara. Teringat akan Bella.
Jawabku,
"Apabila dipertemukan semula dengan sahabat yang terpisah."
Cliche!
Tapi itulah yang hinggap di fikiran aku waktu tu. Tiada apa yang manis daripada pertemuan antara aku dan sahabat yang paling aku rindukan.
Sebenarnya ramai jak kawan yang aku rindu mahu bertemu dan salah seorangnya ialah Bella.
Sebenarnya Bella pun join halaqah ni. Tapi dia start minggu depan hehe, alhamdulillah.
So macam mana kami dipertemukan semula? Mesti nak tahu kan?
Sebenarnya kan....
Kami pun tidak dapat jangka sebegini indah takdirnya. Pernah tonton movie tentang persahabatan?
Hahaha, apala!
Begini cerita.
Malam tu aku scroll IG lepas tu tiba-tiba ternampak nama seseorang yang agak familiar. Pastu aku ingat-ingat balik. Beberapa saat kemudian aku tiba-tiba teringat nama Bella yang sebenar.
Dan sebenarnya kan 'Bella' bukan nama sebenar dia. Haritu pun aku introduce diri dengan nama pena aku.
Tak sangka pula nama sebenar kami hampir sama! Cuma hujungnya berbeza.
Bila teringat nama dia, aku pun search nama-nama followers yang serupa. Bukan seorang tau aku PM. Sempat terfikir juga kalau dia tukar nama IG macam mana!
Dan alhamdulillah tiba-tiba Bella yang sebenar reply. Yang terkejutnya bila dia pun tengah cari aku selama ni.
Actually malam tu pun dia tengah cari aku katanya sebelum sempat aku cakap yang aku tengah cari dia juga. Adakah ini kebetulan?
!الله اكبر
Happy sangat.
Haa ini quote dari diari Bella jugak!🌺
Dia memang suka tulis quote lagi-lagi puisi. Tapi katanya dia sudah hilang minat dengan semua tu. Katanya kebolehan dia telah hilang.
Aku cuba untuk meyakinkan dia bahawa kebolehan dia tidak mungkin akan hilang sekelip mata.
Tapi entahlah.
Hari tu aku create channel telegram buat dia meluahkan segalanya di sana, melalui puisi.
Sedih sebenarnya bila baca luahan sebegini. Semoga dia kuat, semoga aku kuat dan semoga kita semua kuat💪
Aku harapkan semoga pertemuan ini tidaklah berakhir di sini saja. Semoga bertemu juga di Sana nanti!
Pasal nama pena Bella tu katanya kawan dia yang bagi. Aku pula entahlah ada kisah di sebaliknya.
So itu sajalah untuk hari ni. Selamat petang!
P/s
Nanti kami jumpa f2f di ipdas inshaAllah, doakan!
13.06.2021 | 17:54
Comments
Post a Comment