Negative Thinking!

Mengapa kita dikelilingi oleh negative thinking? 

Bukankah Allah telah melarang kita daripada berprasangka negatif?

Allah berfirman,

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa...."

(QS. Al-Hujurat :12)

Kita tahu benda ni tidak baik dan sebahagiannya adalah dosa. Tapi mengapa kita masih diselimuti oleh pemikiran ini?

Kadang-kadang kita merasa seolah-olah orang membenci kita dan yang paling teruk sekali bila kita sendiri merasakan bahawa Allah itu membenci kita! 

 !نعوذ بالله من ذلك 

Duhai teman, 
Sesungguhnya Allah itu sesuai dengan prasangka hamba-Nya. 

Maka bicaralah yang baik-baik, fikirkanlah yang baik-baik,

Kerana boleh jadi prasangka-prasangka itu boleh menjadi doa buat kita.

Husnudzonlah selalu ya!
Biarpun benar manusia membenci namun Allah kan sentiasa ada untuk menyayangi kita? 

Biar tiada teman di dunia, yang penting kita ada Allah. Lantas diri sendiri boleh jugak jadi peneman kan? Hehe

Oh ya, Ada mau share ni!


Ini sedutan dari diari Bella. Haha, Hida sudah jumpa Bella.

Happy sangat!

Nanti Hida share macam mana boleh dapat contact dia balik. Rupanya dia pun lupa nama IG saya😂! Dan dipertemukan dalam pencarian bersama, haha. Nantilah cerita balik lagipun sekarang sudah lewat.

Bacalah coretan diari dia ni. 

Selamat malam.






Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah