Mutaba'ah amal | Halaqah with Kak Huda
Assalamualaikum wrb. Hari ini nak share tentang mutaba'ah amal yang Kak Huda sharekan pada kami semalam.
Sebelum tu mari kita fahamkan apa itu mutaba'ah amal.
Apa itu Mutaba'ah Amal?
Mutaba'ah dari segi bahasa bererti mengikut atau mengawasi. Manakala amal pula bererti perbuatan yang biasanya berkala.
Dari segi istilah, mutaba'ah amal bererti mengikuti satu senarai amalan soleh yang akan meningkatkan keimanan kepada Allah.
Sebenarnya amalan ni sangat dititikberatkan dalam usrah ataupun halaqah.
Sebagai seorang da'i, melaksanakan mutaba'ah amal amat penting selain mendekatkan diri kepada Allah, kita juga menjadi contoh tauladan yang baik buat mad'u kita.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 104:
"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
Ayat ini menyeru kita sebagai da'i untuk melaksanakan amal ma'ruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Jadi dengan melaksanakan mutaba'ah amal secara istiqamah, kita seterusnya dapat mengajak mad'u kita untuk bersama melakukannya.
So apa yang ada dalam mutaba'ah amal yang Kak Huda share semalam?
1. Solat sunat dhuha
2. Solat sunat tahajjud
3. Tilawah al-Quran 1 juz sehari
4. Istighfar 100 ×
5. Al-ma'thurat pagi & petang
Diamal ya!
Semalam tu cuak juga bila Kak Huda tiba-tiba lantik sebagai ketua halaqah.
"Ya Allah, mohon kali ni dapat laksanakan amanah ini dengan sempurna."
Paling aku takuti dalam memegang sebarang amanah. Kerana aku takut bakal mengkhianatinya. Lalu dipersoal di Sana ;'(
Tapi aku cuba untuk melawan rasa takut ini. Semoga dengan pengalaman ini membuatkan aku lagi matang dalam mengharungi arus kehidupan dan dapat meningkatkan ilmu kepimpinan dalam diri.
Semua ini untuk kegunaan masa depan juga. Jadi pasrah dan berserah and trust the process!
Kepada naqibah yang hebat mohon doakan ya ;) !
Comments
Post a Comment