Khabar Bella, part 2!

Assalamualaikum semua, semalam alumni ipdas tu DM aku. Dia bagi gambar Bella, untuk kepastian. 

Rupanya Bella yang dia sebutkan semalam bukanlah Bella yang aku maksudkan. 

Kalau menurut ceritanya sangat serupa! Pasal roommate, Bella, sama ya Allah. Tapi realitinya bukan. Allahu! 

Jadi apa khabar Bella yang aku maksudkan tu? - Hanya Allah yang Maha Tahu!

Benarlah, dunia ini menjanjikan harapan-harapan yang kadang mengecewakan :)

Jadi plan-plan sebelum tak berjalan mengikut rancangan. Tapi fokus untuk menjejaki Bella adakah aku harus teruskan? 

Aku masih merasa risau akannya....

Siapakah Bella?

Adakah wajar untuk aku teruskan misi ini? - misi menjejaki Bella.

Kuharap dapat bertemu, namun siapalah aku untuk menentukan semua itu! Aku hanya mampu merancang dan berusaha, tapi semua itu Allah yang menentukan kesudahannya. 

Journey ini payah. 

Air mata masih belum kering dari membasahi. Bukan kerana kecewa pada takdir ilahi. Namun kerana sedih sendiri, merasa berdosa sebab mengabaikan dia selama ini.

Kalaulah aku menjadi pendengar setia dia selama ni mungkin aku tidak akan kehilangan jejaknya. Ampuni aku ya Allah!

Apa makna aku sebagai kawan?

Aku selalu mempersoalkan pada seseorang tetapi diri sendiri belum cukup sempurna menjadi yang terbaik buat kawan. 

Semoga dia akan kujejaki suatu hari nanti. 

Pasti, Allah akan menolong hambanya.

Ingatlah, ini misi menjejaki Bella!


Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah