Khabar Bella, part 1!

Tergerak hati pula mahu menulis malam-malam ni.

Hai semua!

Ada berita gembira nak beritahu ni. Tadi borak-borak dengan seorang alumni ipdas ni. Borak panjang juga. Pastu tergerak hati tanya pasal Bella. 

Tahu ka apa dia cakap?


Baca atas ni!

Ya Allah aku punya risau. Alhamdulillah ya Allah! Mungkin ini jawapan atas semua persoalan yang bermain di minda aku. 

Bila borak dengan dia tadi banyak benda yang sebelum ni terkunci dari minda seolah terbuka balik. Dari borak pasal kawan, sekolah, dan bisnes.

Eh rupanya dia squadisbir juga. Allahu, keciknya dunia!

Masa tu terlupa kejap. Sebab aku save nama ipdas di belakang nama dia. Bila ingat balik baru memori kembali semula. 

So berbalik pada cerita Bella, alhamdulillah rasa lega sangat. Ternyata dia masih hidup. Ya Allah teruk juga aku ni. Fikir bukan-bukan. 

Jadi terfikir jugalah bila cerita-cerita pasal sekolah dengan dia tadi. Aku sudah jumpa Bella. So kalau ditakdirkan aku dapat masuk itqas dan ipdas sekali gus aku akan pilih yang mana?

Muhasabah balik!

Seolah-olah Allah beri hidayah pula. Dia pun tiba-tiba PM aku. Mungkin semua ni datang daripada Allah. Actually aku sudah hampir give up dengan itqas. Padahal sebelum ni kata nak masuk kan?

Dulu pun macam tu juga. Nak masuk universiti inilah, masuk Darul Quran lah. Haha tingginya angan-angan. Last-last masuk UITM. Kadang benda ni tak pernah dirancang pun. Allah yang beri. MashaAllah. 

So itulah, malam ni tiba-tiba pula bersemangat balik nak masuk itqas. Sebenarnya sudah hampir putus harapan disebabkan temuduga tempoh hari. Tapi Allah hadirkan dia untuk membakar semangat aku kembali.

Hairan!

Tapi betullah, impian aku dari dulu lagi mahu menghafal kalam Allah. Mengapa aku tidak bertahan dengan cabaran ini?

Walaupun bukan mudah untuk teguhkan pendirian di saat pelbagai rintangan yang perlu dilalui. Namun aku yakin ini adalah perancangan-Nya. 

Aku yakin! 

Kalau seawal ini Allah beri petunjuk walau tiada keputusan apa pun di tangan sekarang, aku akan genggam peluang ini.

Semangat kembali membara🔥

Aku tidak risau lagi, kedua-duanya pun adalah institusi terbaik pada pandangan mata aku. 

Terima kasih ya Allah!





Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah