Hiduplah untuk hari ini

Tahukah kita, bagaimana umur seseorang dicuri? Iaitu ketika seseorang melalaikan hari ini kerana merisaukan hari esok. Dia terus tenggelam dalam risau dan gelisah sehingga kematian datang, sementara tangannya tetap kosong daripada kebaikan.

Steven Locke berkata;

"Alangkah indahnya hidup ini!

Anak kecil berkata, 'Jika aku sudah besar, aku akan menjadi remaja.'

Remaja berkata, 'Jika aku berumur sekian, aku akan menjadi pemuda.'

Pemuda berkata, 'Jika aku bernikah maka....'

Setelah bernikah, dia berkata, 'Jika aku menjadi orang yang berjaya maka....'

Jika masa tua tiba, seseorang akan memasuki masa menunggu kematian. Umur bagaikan ranting kering yang ditolak angin. Kita dapat belajar dari masa lalu bahawa nilai kehidupan ada dalam setiap jam dan setiap hari yang kita lalui."

Orang yang mensia-siakan umurnya dan mengabaikan hari-hari yang dilaluinya pasti rugi. Tangannya hampa daripada kebaikan. 

"Pada hari kiamat terjadi, orang yang berdosa bersumpah bahawa mereka berdiam di kubur hanya sesaat "

(Surah ar-Rum: 55)





Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah