HAPPY BIRTHDAY to me!
25 Jun!
It's my birthday. Tapi tiada siapa yang wish. Hahaha.
Memang ini yang aku mahukan. Tidak mahu ada sambutan tahun ni.
Pagi ni ada sesi orientasi pelajar baru ipdas. Kiranya ini jugak hadiah hari jadi terbesar. Dari semalam excited hehe.
Alhamdulillah dapat busykan diri dari melayan emosi. Lepas ni memang akan busylah.
Ini pun ambil waktu kejap. Sekarang pukul 9.25 am, kejap lagi akan masuk google meet! Sempat lagi ni meluah sini.
Entah kenapa weh kawan-kawan macam lupa jak hari ni hari jadi aku. Sedih juga sebenarnya. Tapi kelmarin aku ada doa supaya orang lupakan hari jadi aku.
Masa solat dhuha.
Kata ustaz, kalau solat dhuha 6 rakaat Allah akan makbulkan permintaan kita. Mungkin Allah tengah makbulkan lah ni.
Bukan apa. Aku malaslah! Malas berharap dengan manusia. Entah benar mereka sayang atau tidak? Tidak pastilah.
Jadi untuk kepastian yang sesungguhnya, biar mereka lupakan aku terus. Supaya pengharapan aku kurang terhadap manusia, terutama kawan-kawan.
Tidak kisahlah tiada kawan. Tidak kisah!
Yang penting aku hidup sendirian bertemankan sepi ;)
InshaAllah, aku ada alasan mengapa tidak mahu meraihkan hari lahir tahun ni.
Tapi takpa la. Aku kan masih punya Allah, tempat meminta. Segala yang terbaik Allah sudah aturkan buat aku.
Jap lapar pula.
Semalam abang ada kasi ni.
Awal pula! Ini ja lah yang aku dapat tahun ni. From Hayla & Izz. Thank you!
Ha, tipulah cakap tiada yang wish.
Ada jak, tapi cuma ini.
Dan tadi ada nampak wish orang di Facebook tapi padam sebab tidak suka stranger. Maaf ya!
Weh lagi 30 minit nak masuk meet. Nak cakap apa lagi ya? Bukan ada orang tengok pun kan hahaha.
Oya!
Hida, thank you sebab masih bertahan sampai hari ini. Maaf sentiasa membuat kau terluka. Walaupun tangan ini sentiasa ada mengesat air matamu, namun ia tidak mampu untuk menghilangkan luka hatimu.❤️
Maka terima kasih masih kuat!
"Syukron ya Allah, kerana masih memberi nafas padaku."
Hari ni hari jumaat kan?!
Semoga tarikh kelahiranku pada tahun ini bersama dengan jumaat yang berkah ini menjadikan aku lebih matang dan semoga ibadahku bertambah.
Cintailah diriku wahai Allah!
Jangan tinggalkan aku sendirian.
MashaAllah happy birthday dearself! Happy selalu. Mulai hari ini kena ubah 360° dirimu ya! Okay²?
Bye nak makan ;)
Comments
Post a Comment