Apa itu IKHTILAT?

Semalam ada sesi webinar dari seorang penulis dan editor di Tarbiah Sentap, iaitu Shukery Azizan, bertajuk "Ikhtilat 1.0".

Banyak sangat input dapat dari webinar tersebut. So niat nak kongsi dekat sini serba sedikit ilmu yang didapati dari webinar itu. 

Semua tahu tak apa itu IKHTILAT?

Mungkin ada antara kita yang baru first time dengar perkataan tu kan.

Secara ringkasnya, 

Ikhtilat bermaksud pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram ataupun ajnabi.

Dalam webinar itu dikongsi bahawa seorang lelaki kena jaga maruah seorang wanita dan begitu juga wanita. 

Maksud menjaga maruah tu kena sama-sama tundukkan pandangan. 

Atas ni pic yang sempat ditangkap! Fahamkan.

Mungkin ada antara kita tak pernah tahu soal halal haram sesetengah isu ikhtilat.

Contohnya, haram bagi seorang wanita menjawab dan memberi salam kepada seorang lelaki manakala makruh pula bagi lelaki untuk memberi salam kepada wanita ajnabi. Sebab takut timbulkan fitnah.

Kadang kita terlepas pandang kan?

Atau mungkin kita tidak pernah ambil tahu pun hal ni. Semalam tu pun baru first time dengar tentang ni. Mungkin itu hidayah dari Allah. Yang menemukan catatan ni pun mungkin adalah hidayah dari Allah juga.

Itulah yang speaker mahukan. Bukan lepas webinar tu terus berada di awang-awangan tidak tahu hendak berbuat apa. 

Penulis bercerita lagi, katanya;

Naqib saya pernah berpesan..

"Kita kena merancang kematian kita."

Kalau kita boleh merancang jodoh, bisnes dan cita-cita, mengapa kita tidak merancang kematian kita.

Aku tersentak seketika.

Dulu aku pernah juga merancang hendak mati pada umur 20 tahun. 

Kata penulis, andai kita mati awal dari tarikh perancangan kita itu maknanya sudah ajal manakala kalau kita mati lambat, melebihi tarikh perancangan itu kira bonus bagi kita.

Huhu. 

So tersedar dari lena. Maknanya ini kira bonuslah untuk aku. Alhamdulillah start semalam rasa macam lebih menghargai nafas yang diberi ini.

Mungkin dari situ dapat tambahkan lagi rasa 'Cinta' pada Pencipta nyawa!

Itulah nikmat yang seringkali kita terlupa. Semalam ada juga dikongsi antara nikmat yang wajib kita syukuri iaitu nikmat iman & islam serta kefahaman agama.

Apa pentingnya kefahaman agama dan apa bezanya dengan pengetahuan agama?

Ada orang tahu tapi tidak faham apa Allah kehendaki. So dia tidak amalkan. Contoh, kita semua pernah belajar subjek agama. Kalau SMK belajar subjek Pendidikan Islam. Kalau SMKA atau SMA lagi advance lah. Tapi berapa ramai antara kita yang amalkan apa yang dipelajari tu?

Semua tahu pasal batas-batas pergaulan atau ikhtilat tadi, tapi berapa ramai yang sanggup praktikkan dalam kehidupan seharian!

Itulah sebab kenapa pentingnya nikmat kefahaman agama ni. ❤️

Jadi kena tanamkan tekad dan berdoa sungguh-sungguh agar Allah berikan pada kita nikmat-nikmat tersebut agar iman kita meningkat. 

Kita sama juga macam para sahabat nabi. Iman pandai naik dan turun. Tapi kenapa hebatnya para Sahabat ni sehingga mendapatkan gelaran "رضي الله عنه" yang membawa maksud;

"Semoga Allah redha dengannya"

Apa istimewanya kalau Allah redha ni? Sudah semestinya mendapat ganjaran syurga.

MashaAllah, hebat bukan!?

Mereka inilah generasi al-Quran. Yakni para Sahabat ni. Mereka hidup dengan al-Quran dan mengamalkannya sampai mati. Mereka beriman sungguh-sungguh apa yang terkandung dalam al-Quran. 

Dan mereka juga meninggalkan maksiat sungguh-sungguh.

Maksiat ni banyak skop tau! Tapi ramai yang salah anggap. Sedangkan apa-apa yang melanggar perintah Allah sama ada kecil atau besar jugak adalah maksiat. Contohnya menipu, mengumpat, mencuri, serta ikhtilat itu sekali. Banyak lagi contoh maksiat yang kita tidak sedar ni. 

Kadang kita anggap benda tu remeh tapi mendatangkan dosa. Yang kita anggap biasa itu rupanya membuatkan Allah tidak redha dengan perbuatan kita, minta dijauhkan!

Tanpa kita sedari isu ikhtilat ni ramai yang anggap remeh.

Nak tahu tak, ada 7 jalan zina yang speaker share kan semalam. 


Bagaimana dia boleh menjerumuskan seseorang ke kancah zina hanya dengan pandang-pandang? 

Sebab tu Allah sudah berfirman dalam surah an-Nur ayat 30 dan 31. Dalam ayat ni Allah perintahkan kepada lelaki dan perempuan yang beriman agar mereka menyekat pandangan mereka dari memandang yang haram, menutup aurat dan menjaga maruah diri. 

Juga dalam surah al-Isra', ayat 32 Allah berfirman yang bermaksud;

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Allah cakap jangan menghampiri perkara itu. Sebab syaitan sendiri takkan hasut kita dengan dosa besar terus. Contoh, syaitan takkan hasut untuk kita murtad terus. Tetapi syaitan akan hasut dengan perkara-perkara kecil dahulu. 

Sebab tu Allah melarang ikhtilat kerana perkara atas ni lah. 

Dan ada jalan ke-8 zina tersebut iaitu Fan Nar. Masuk neraka seandainya tidak bertaubat.

Jadi isu ikhtilat jangan main-main tau.

Hatta kalau urusan jual beli pun kena jaga ikhtilat juga. Kalau buat bisnes tu hati-hati dengan panggilan kepada customers. 

Menurut penulis, lebih baik bagi panggilan Cik Puan atau Tuan kepada bakal customer. Katanya dalam bisnes jugak kena professional.

So lepas ni kena amalkan ya!

Be professional. Hormati orang lain. 

Jaga maruah insan di luar sana. Dapat sesuatu!

P/s - Jangan lupa dapatkan buku Ajari Aku Tinggalkan Maksiat tulisan Shukery Azizan dan Aiman Afeef bersama ds isbir yang sah atau hubungi talian 0146603531 now!




Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah