Apa erti HEBAT di matamu?

Kalau dalam bisnes mentor selalu suruh cakap pada diri. "Aku hebat."

Letak tangan kanan di dada lalu cakap;

"I am a marketing millionaire!"

"Saya kaya dan berjaya."

Hm.

Aku selalu buat benda tu setiap pagi. 

Tapi suatu hari bila aku cakap aku hebat mereka memandang rendah. Bukan niat untuk riak. Tapi aku sedar, kalau bukan aku yang cakap pada diri sebegitu, siapa lagi yang akan memuji diriku?

Tapi tidak baik juga kan nanti tanpa sedar tertanam sifat mazmumah dalam diri. Jadi aku mengambil inisiatif untuk tidak berkata sebegitu lagi. 

Tanpa sedar aku insaf. 

Sebab aku seolah jauh dari Allah. Aku banyak kekurangan. Aku tidak hebat seperti kata yang aku lontarkan pada diri setiap pagi di hadapan cermin. Aku malu!

Lalu tibalah suatu hari aku menghukum diri. Aku kata pada diri, "aku teruk!". 

Ya Allah berdosanya diri.

Bukankah kata-kata itu boleh jadi doa? 

Bukan apa, aku cuma keliru. Antara memuji dan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah itu sesuai dengan sangkaan hamba-Nya.

Dalam bisnes aku belajar, 

"Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat semuanya adalah doa."

Prof Muhaya pun selalu suruh bercakap pada diri. Tapi jangan bermonolog sendirian sebab boleh bikin stress. 

Jadi ambil inisiatif bermonolog tu sebagai berdoa kepada Allah. 

Tapi tu lah bila fikir balik kenapa aku give up dengan semua ni? 

Aku set balik mindset bahawa Allah sesuai dengan prasangka hamba-Nya. Doakan aku ya!

Aku teringat satu kisah waktu zaman persekolahan. Ada seorang kawan ni selalu cakap aku pandai. Tapi aku selalu nafikan. Bila dia cakap "pandai", aku akan cakap "tidak". 

Menyesal pula.

Bukan apa, kan Rasulullah ada ajar satu doa apabila orang puji.

Jap aku google😂!

Doa atas ni boleh amal apabila diberi pujian. 

Lagi satu bila orang puji boleh cakap "hadza min fadhli rabbi" yang maksudnya ialah semua ini kurniaan dari Tuhanku.

Sebenarnya pujian manusia boleh jadi doa tau! Tapi Rasulullah sangat melarang suatu pujian yang berlebih-lebihan. Tapi kalau sederhana saja ia adalah antara muamalah yang baik dalam Islam.

Kenapa aku menyesal?

Sebab aku seolah menolak doa seorang sahabat. 

Bila fikir balik aku tidak patut cakap diri aku teruk. Kebelakangan ni macam-macam nikmat yang Allah beri. 

Aku tertanya,

"Bila masa aku bersyukur pada nikmat Allah sedangkan aku asyik menghukum diri dengan kata-kata!"

Aku takut kufur pada nikmat. 

Banyak benda yang telah Allah kurniakan. Nikmat kesihatan, kebahagiaan dan pelbagai bantuan lain.

Bermula awal tahun ni aku sudah start dapat sujud macam orang lain. Betapa aku impikan saat itu. Alhamdulillah Allah kabulkan doa aku. Ada hikmah semua ni. Kalau nak diceritakan memang panjang kisahnya. Nanti aku ceritakan di next post!

Okay lah itu saja celoteh untuk posting kali ni. 


Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah