Aku seorang KHALIFAH!
Kalau tak jadi manusia kita jadi apa?
Dulu, selalu overthinking. Zaman kanak-kanak kan biasalah.
Selalu terfikir kalau aku tidak dijadikan manusia, aku nak jadi apa. Adakah aku masih wujud di dunia ni?
Lepas tu mulalah takut sendiri. Allahu. Kalau diulang kembali zaman kanak-kanak memang menakutkan.
Dulu selalu fikir nak jadi dewasa cepat-cepat. Biasalah zaman kanak-kanak aku tidak se'happy' kanak-kanak zaman sekarang. Aku selalu digerumuni dengan rasa takut. Rasa terabai memang biasa.
Tapi bila dewasa rupanya lagi mencabar.
Inilah ujian dunia. Takkan ada yang sempurna.
Tapi perlu ingat, Allah tidak ciptakan kita dengan sia-sia tau. Di sebalik ketidaksempurnaan yang kita rasakan ini ada hikmah di sebaliknya.
Sebab kita diciptakan hanyalah untuk beribadah. Selain mengabdikan diri kepada Allah, kita juga diberi tanggungjawab memakmurkan bumi.
Tapi tulah, ramai antara kita yang menggunakan potensi dengan cara yang salah. Mungkin sebab itu malaikat pernah menyatakan persoalan tentang penciptaan manusia ni.
Iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 30 mafhumnya;
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Dalam ayat ni Allah kata nak jadikan khalifah di muka bumi. Yakni untuk memakmurkan bumi. Memanfaatkan segala nikmat yang ada di bumi dengan sebaiknya. Bukan dengan kuasa untuk membunuh, mengamalkan riba' dan membuat pelbagai jenayah.
Kita adalah sebaik-baik ciptaan yang mana bila kita manfaatkan sebaik-baiknya akal yang diberikan ini maka kita akan menjadi lebih mulia daripada malaikat.
Tapi kita seringkali didorong oleh hawa nafsu. Inginkan kemewahan dan kepuasan hati. Selalu terikat dengan godaan syaitan sehinggakan bumi menjadi porak-peranda oleh tangan-tangan yang zalim ini.
Cuba lihat berapa ramai orang yang teraniaya di luar sana. Berapa ramai antara kita yang ada sifat kemanusiaan untuk membantu yang memerlukan bahkan dengan hanya mendoakan saja amat jauh dari kata-kata.
Tugas sebagai khalifah ni memang tak mudah. Aku memetik satu kata hamba Allah;
"Andai kita penat di dunia, kita akan rehat di Sana. Namun andai kita rehat di dunia, kita akan penat di Sana."
Jadi tiada masa untuk berehat lagi. Kobarkan semangat. Bangkitlah anak muda!
Biarlah penat sedikit di dunia berbanding penat selamanya di Sana.
Kita semua adalah khalifah. Tidak perlu ada title pemimpin untuk memimpin!
Kerana,
Kita adalah pemimpin buat diri kita. Kita adalah pemimpin buat mereka yang lemah. Pimpinlah tangan mereka dengan eratnya, ajaklah menuju agama Allah.
Bersama kita mencari redha Allah dan menuju ke syurga Allah.
Tugas ini adalah amanah. Jadi jangan sia-siakan. Masa tidak akan menunggu kita.
Kalau nak tahu, ulama' terdahulu ada yang hanya tidur di meja belajar. Sampaikan tiada masa langsung untuk berehat di katil seperti kita.
Ada juga yang tidak sempat untuk bersembang kerana pentingnya masa bagi mereka.
Hayatilah betapa masa muda mereka dipenuhi dengan menuntut ilmu.
Untuk menjadi khalifah perlu ada ilmu dan ianya juga adalah kewajipan buat kita.
MALU kita!
Untuk apa masa kita digunakan duhai teman?
Saya suka ulang baca satu hadith ni.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia gunakan. Tentang ilmunya, apa yang dia perbuat dengannya. Tentang hartanya, dari mana dia dapatkan dan ke mana dia keluarkan. Dan tentang tubuhnya, untuk apa ia gunakan." (HR. at-Tirmidzi)
Jadi gunakanlah sebaik-baiknya masa yang diberi ini. Kerana mungkin saja ajal kamu tak akan lama lagi.
Masa belum tamat teman,
BERJUANGLAH!
Comments
Post a Comment