Aku Berubah Kerana Apa?

Kugagahi jua walau tiada mood untuk menulis tinta.

Petang-petang macam ni, biarpun seketika ia datang amatlah banyak kisah duka. 

Tapi tidak mengapa. Aku mesti berjuang juga. Kena betulkan niat dalam sesuatu perkara. 

Memang asalnya tidak semudah berkata-kata. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya.

Hari ini aku terpaku seketika, saat seorang abid berbicara. 

"Kerana apa kau berubah?"

Terfikir juga, selama ni perubahan aku ni kerana apa. Aku buat sesuatu perkara tu adakah benar-benar ikhlas kerana Allah semata-mata..

Dan bukannya kerana manusia?

Niat adalah fokus kita sekarang ni. Payah tak payah kena betulkan juga. Harus selalu dekat pada Pencipta. Abaikan kata-kata manusia. Abaikan dahulu kehidupan sementara ini. Fokus pada AKHIRAT!

Ada satu kisah, tentang perjuangan seorang hamba. 

Penghijrahannya tak semudah yang dilihat mata. Bila aku melihat riak wajahnya berpancar kegelisahan yang sukar untuk diterjemah. 

Adakalanya dia fikir harus kehilangan seseorang untuk membantu penghijrahannya. Sungguh aneh bukan? 

Tapi itulah yang terlintas di fikirannya waktu itu. Rakan-rakan memandang sinis padanya. 

Dia tertanya, 

"Mengapa dia masih bernyawa? Bukankah sepatutnya dia harus mati?"

Begitulah kisahnya.

Namun dia segan untuk meluahkannya.

Jadi pengorbanan itu dia harus tempuhi sekarang. 

Mata simpati namun tiada apa yang harus aku lakukan. Kesian melihat insan itu. Terpinga-pinga tanda tidak mengerti apa-apa.

Inilah pengorbanan dalam penghijrahan ini teman. Jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia. Mungkin asbab dia engkau berubah namun itu semua kuasa Allah. Jadi serahkan segalanya pada Allah. 

Kerana sifat Allah Maha Mengerti maka tiada apa yang patut dikhuatiri.

Petang yang indah kan!

Bye .




Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah