Ukhuwah fillah.


Apa itu ukhuwah? 

Aku tidak kenal apa itu ukhuwah. Aku tidak mahu ambil tahu pun pasal ukhuwah-ukhuwah ni. Semua tu tipu. 

Hati kecilku memberontak.

Apa makna ukhuwah sebenarnya?

Mengapa sekadar melontarkan sebuah kata tanpa membuktikan apa-apa?

Ukhuwah fillah abadan abada? Apa tu?

Buktikan kalau benarlah kamu sayang sahabat kamu lillahi ta'ala. Bimbinglah dia menuju redha Allah. Bantulah dia taat pada Rabbnya. Tegurlah saat dia bersalah. Doakanlah dia di setiap akhir solatmu.

Sahabat, kata-kata itu perlu dibuktikan. Bukan hanya sekadar ucapan di bibir lalu engkau mengatakan;

"Kami bersahabat kerana Allah!"

Sahabat, tergamakkah kau bersenang lenang di syurga andai sahabatmu menderita di neraka? 

Mahukah kamu tahu keadaan di mahsyar?

Di saat semua orang sibuk akan keadaan dirinya. Di saat sahabat mengambil pahala sahabatnya atas alasan-alasan kecil.

Jangan disebabkan kamu dia menderita.
Kamu pimpinlah tangannya sekali menuju ke syurga.

Beribu luka yang dia alami. Kamu tidak ambil peduli. Kamu hilang dari pandangannya. 


P/s 
Terima kasih buat teman yang sentiasa ada di saat suka dan duka. 

Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah