SURAH GHAFIR AYAT 44
Hari ni nak share satu ayat yang hebat;)
" Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya "
Cuba hayati dan fahami makna.
Hebat ayat ni.
Ayat-ayat dari kalam Allah semuanya hebat-hebat.
Pernah tak kita sedih sebab merasakan tiada siapa yang memahami kita di dunia ni?
Bila kita fikir balik tujuan hidup di dunia ni tak lain tak bukan hanya untuk mengharapkan redha Allah SWT.
Rupanya hidup kita selama ni susah sebab kita kurang bergantung kepada Allah.
Bila kita sedih dan merasa manusia tidak memahami, ingatlah Allah yang paling dekat dengan kita pada masa tu.
Jadi jangan pernah abaikan suruhan Allah. Hidup ini adalah untuk beribadah. Kalau tak mampu buat amalan sunat, yang wajib jangan ditinggalkan. Tapi jangan abaikan pula yang sunat.
Saat kita merasakan bahawa kita boleh uruskan hidup kita sendiri, saat itulah kemuncak kemusnahan pada diri.
Kalau kita berpaling dari Allah, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk membantu di saat-saat sukar?
Jadi jangan pernah merasa Allah itu jauh. Sentiasa menyerahkan urusan dan mengharapkan bantuan dari Allah.
So amalkan ya doa ni! Ulang baca sampai hati merasa tenang.
Ulama' menyebutkan;
"Selama mana seorang hamba berdoa dengan yakin kepada Allah, selama itu doa pasti dimakbulkan Allah.''
P/s
Thanks a lot Ustazah Wani sebab share doa ni. Semoga dengan beramal dengan ayat ni membuatkan kita lagi dekat dengan Allah.
Comments
Post a Comment