Sebuah persahabatan.
Suara gemuruh dan menakutkan menelusuri lorong speaker. Mata kami terpejam rapat. Keadaan gelap gelita menambahkan lagi detik cemas dan ketakutan. Kami semua tertunduk seolah-olah sedang kaku. Menanti apa lagi yang akan berlaku selepas ini.
Suara esak tangis semakin kuat kedengaran. Suara jeritan sungguh mengerikan. Ya Allah beginikah rasanya saat seorang diri di alam barzakh?
Tiba-tiba terasa sebuah genggaman dari sudut sebelah kiri. Aku menoleh. Kelihatan wajah sugul akibat tangis ketakutan tadi.
Apabila semuanya reda, keadaan menjadi seperti biasa. Dia pun tidak mengenali siapa insan tadi. Cuma aku yang menoleh padanya ketika itu.
Suatu hari, aku melangkah ke medan yang sama dengannya. Saat itu aku terkejut. Inilah namanya persahabatan. Pernah berpisah dan bertemu kembali. Namun pertemuan tidak lama. Aku pulang semula ke medan aku bertapak sebelumnya.
Aku masih ingat hari terakhir aku ingin pergi. Wajahnya sedih. Dia merayu untuk aku tidak pergi. Tapi aku ada alasan tersendiri.
Terima kasih teman. Keranamu aku kuat.
Dia pernah menguatkan diri ini di saat kedukaan melanda. Namun dipersoal mengapa dia selalu menolong aku. Aku diam dan tertanya mengapa perlu menyoal sebegitu?
Aku lalui hidup sendiri. Dia datang menggenggam tali persahabatan. Ada banyak benda hendak diceritakan bersamanya. Ada banyak benda yang perlu dirungkaikan tentangnya. Kesan luka pada tangan menggambarkan kesusahan yang dia alami di perkampungan.
"Eh kami sama batch lah!"
Kata-kata terlontar dari mulutnya tatkala persoalan dari seorang junior ni. Katanya aku adik dia sebab haritu masa lalu di tengah kumpulan muslimin dia pimpin tangan aku. Begitu teguhnya dia menjaga ikhtilat.
"Hida ikut olahraga?"
Tiba-tiba dia bersuara.
Aku hanya menggelengkan kepala. Patutlah semasa kami berlari naik dorm haritu dia laju macam tu sekali.
Kenangan selama seminggu bersama dengan dia tidak dapat aku lupakan. Tapi sampai sekarang kami lost contact. Puas aku bertanya di mana dia, namun tidak seorang pun yang tahu.
Biarlah. Aku memang biasa kehilangan.
Sahabatku, walau di mana pun kau berada sekarang ni aku tetap mendoakan kau. Aku harap kita dapat dipertemukan suatu hari nanti. Jaga diri ya!
Comments
Post a Comment