LUAHAN HATI Part 2
Memandangkan hari ini merupakan hari ibu, so aku buat story pasal mama lah.
Bismillah...
2 January 1958, mama dilahirkan ke dunia ini. Mama membesar dalam keluarga yang susah. Mama merupakan anak kedua dalam adik beradik. Dalam keluarga mama cuma ada 2 orang anak perempuan. So disebabkan itu mama dari kecil tidak dibenarkan masuk sekolah.
Mama pernah cakap dekat aku yang dia sedih sebab tidak diizinkan belajar macam adik beradik yang lain. Jadi menurut masyarakat mama memang seorang yang tidak berpendidikan, tidak tahu menulis dan sebagainya.
Mama cuma tahu mengasuh. Mama menjadi suri rumah sepenuh masa sejak dia remaja. Sekarang umur mama sudah mencecah 63 tahun. Kesian kan!
Aku dapat rasa penderitaan mama selama ni. Aku pun diuji macam tu. Di saat kita mahu sambung study tapi ada halangan. Tapi aku tahu setiap orang kan diuji dengan ujian berbeza dan kekuatan pun berbeza-beza. Sebab Allah pernah pesan dalam surah al baqarah;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Kekuatan mama luar biasa. Aku adalah mata yang memerhati segala bebanan mama selama ni. Sebab aku anak bongsu dan yang paling rapat dengan mama. Kakak pun selalu cakap macam tu. Selalu suruh ajar mama solat dan mengaji atas sebab aku yang paling rapat dengan mama.
Tapi biarpun mama tidak berpeluang merasa itu semua, mama berjaya di mata aku. Mama telah buktikan kekuatan mama dengan membesarkan kami 4 beradik dalam keadaan yang serba kekurangan.
Mama tak pernah abaikan pendidikan kami semua. Mama seorang wanita yang terhebat! Aku bersyukur sangat jadi anak mama.
Dulu masa aku kecil, aku selalu fikir keluarga aku adalah keluarga yang paling bahagia di dunia ni. Sebab walaupun kami serba serbi tak cukup tapi kami saling melengkapi. Dulu. Rindu kenangan-kenangan tu.
Selamat hari ibu, mama. Maaf tahun ini banyak benda aku lupa tentang mama. Bermula awal tahun aku tidak ucap pun "happy birthday!" pada mama. Kali ni hari ibu pun aku boleh lupa. Kalau bukan pasal Fyra mesti aku tidak ingat langsung.
Tapi itu tidak penting sebab setiap hari kan adalah hari ibu bagi mama. Semoga mama bahagia dunia akhirat. Aku pasti Allah sedang persiapkan kehidupan yang lebih indah di Sana. Di dunia banyak benda yang mama tak berpeluang untuk kecapi. InshaAllah di Sana semua tu mama akan rasa. Lagi best sebab kehidupan selama-lamanya.
Sebenarnya beruntung orang-orang yang masih punya ibu. Ustaz Edit Lew selalu cakap benda tu. Sebab orang yang ada ibu ni ada satu pahala yang orang tiada ibu tidak dapat, iaitu pahala melihat wajah seorang ibu.
Aku selalu terimbau kenangan masa kecil dulu. Ustazah aku selalu pesan agar salam tangan mama sebelum tidur. So aku buat betul-betul. Pastu kalau mama tidur aku ambil kesempatan untuk cium pipi mama. Aku rindu semua tu❤️.
Abang selalu pesan untuk jaga mama. Abang big why utama untuk aku teruskan menghafal kalam Allah. Walaupun sukar. Tapi abang selalu pesan, di Sana nanti mama dan bapa perlukan syafaat al-quran.
Semoga semua impian abang menjadi kenyataan.
Comments
Post a Comment