DON'T GIVE UP!


Allahu semalam tak sempat update blog sebab tolong Ustazah Wani edit video mengajar. Tapi takpa hari ni kita continue balik okay. Baik topik kali ni adalah;

"DON'T GIVE UP!"

Mentor aku selalu cakap jangan pernah give up dalam hidup sebab bila kita give up, kita bukan sahaja sabotaj diri kita tetapi kita juga sabotaj orang di sekeliling kita. Kita sabolaj family, guru-guru dan kawan-kawan kita. So bila kita give up 8 kali, kita kena bangkit 10 kali!

Boleh-boleh🔥?

Sebab lagi satu kalau kita rasa lemah semangat, rasa hopeless, ia bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan kita malah boleh menjejaskan bisnes yang kita jalankan sekarang. 

Kita tidak boleh nampak lemah di mata manusia. Mentor selalu ingatkan kami;

"Jangan pernah tunjuk lemah pada manusia."

Sebab bila kita tunjuk yang diri kita ni lemah or kita gagal dalam sesuatu benda, orang di sekeliling malah tertawa. Dorang tidak ambil kisah pun masalah kita. Sebab setiap orang sibuk memikirkan masalah sendiri. 

Bila kita gagal dalam hidup, 80% orang akan sokong kegagalan kita. Hanya 20% yang akan bantu kita untuk bangkit semula. Faham?

Jadi terserah mahu down lama-lama ataupun berani bangkit semula. Aku tahu memang tak mudah. Namun segala perit yang kita rasa sekarang ni akan ada manisnya bila kita sudah berjaya nanti. 

Aku pasti dalam hidup ni terlalu banyak untuk dilalui bukan? Sudahlah stress dengan bisnes, orang sekeliling, pelajaran, kisah silam, insecure dengan kejayaan orang lain lagi haha. 

Allahu. Tidak apa semua orang punya bahagiannya masing-masing. Cuma ujian ni berat bila kita kurang bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Cuba tengok nikmat yang ada di sekeliling. Hatta peluang untuk kita bernafas pada hari ini pun satu nikmat terbesar jugak.

Sebab Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Kita sebenarnya boleh lalui ujian tu cuma overthinking yang menghalang semua tu. Sebab tu kena cari solusi untuk mengatasi masalah ni.


Aku pasti insan yang membaca ni pun tengah give up dan sedang mencari penawarnya kan?

Aku faham. Kau tidak bersendirian. Mengadulah pada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan doa yang kau panjatkan tanpa mengabulkannya di saat yang tepat nanti.

So keep qowiy okay!
 
"Kerana dunia ini bukanlah tempat untuk berehat. Maka kejarlah akhirat agar penatnya rasa ini akan terubati di alam akhirat yang abadi."




Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah