Debaran semakin terasa!

Tinggal lagi 2 hari persiapan perlu dilakukan untuk menghadapi temuduga. Yup, debaran kian terasa! Aku tertanya sendiri; 

"Adakah aku akan mengulangi kesilapan yang sama sepertimana yang pernah berlaku 2 tahun lepas?"

Aku pun tidak pasti.

Bila mengimbau peristiwa yang lalu amatlah aku kesali. Namun aku tahu semuanya takdir ilahi. 

Kini, persiapan masih tidak rapi lagi. Hm, adakah aku akan menyesali kelakuanku ini?

Harap-harap semuanya berjalan lancar. Ini semua impian aku. 

Namun, impianku tidaklah sebesar usahaku :'')

Maafkan hamba ya Allah!

"Dear itqas, andai ada rezeki lagi kita akan bertemu kembali."

Masa interview 2 tahun yang lalu adalah kali pertama menapakkan kaki di sana. Semoga ianya bukanlah juga yang terakhir kalinya. 

Nampaknya peristiwa lalu terngiang-ngiang lagi dalam ingatan.

''Tolong batalkan niatmu untuk masuk ke sana!"

Dia menyergah secara tiba-tiba.

Siapa dia ni? Sesungguhnya aku pun tidak mengenalinya. Panggilan yang didapati secara tiba-tiba itu menghantui minda aku selama bertahun.

Namun suatu hari seorang insan telah mengubah perspektif aku secara total. Dia telah meyakini aku bahawa keputusan ini adalah yang terbaik. Puas aku bertanya mengapa kembali lagi, sedangkan dia telah lama menapaki medannya sekarang. 

Kerana minat, katanya. Bertahun juga aku cuba merungkai semua ini. Alhamdulillah semuanya sudah terungkai. Terima kasih sahabat!

Maka aku berazam untuk masuk ke sana. Ya Allah permudahkanlah! 

Walaupun tinggal menghitung detik yang terakhir namun ku gagahi jua. Ustazah kata kena cuba untuk mengawal perasaan gemuruh ni.

Doakan aku ya, doakan impian ini tertunai! 

-Duhai insan yang membaca❤️






Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah