Perginya Tulip


Guys Tulip sudah mati😢

Dia mati dalam stor seperti Cherry, abang dia. Mati senyap-senyap😭. Sedihnyaaaa.
Tapi sedarlah dia sudah tua. Kisahnya hari tu dia bergaduh atas bumbung rumah dengan kucing lain pastu terjatuh.

Tulah Tulip ni kucing nakal. Kena suruh stay di rumah dia degil. Tidak mendengar kata. Hari tu masa banjir dua kali dia hilang. Huru hara dunia. Sanggup redah banjir semata-mata mau cari dia. Padahal takut lintah!

Mujur dapat survive. Subuh tu tiba-tiba balik rumah. Aku pun bagi dia makan. Kesian tengok. Apalah dia makan kan masa banjir tu. Rupa-rupanya dia makan tikus di atas bumbung jiran.

Pastu banjir kali kedua dia hilang lagi ya Allah. Apalah nasib! Tapi tulah aku belajar banyak benda dengan Tulip ni. Banyaaak sangat! Actually masa kecil dulu dia jarang dibelai sebab badan dia kurus berbanding adik beradik dia yang lain yang gebu-gebu, Cherry & Comel. Tapi bila Cherry mati dan Comel hilang secara tiba-tiba, aku mula belajar untuk membelainya.

Sejak dari peristiwa itu aku sedar aku kurang beri perhatian padanya. Sebab tu mungkin bila dah besar perangai dia macam ni. Kuat memberontak;). Banyak komplen dari jiran-jiran😂.

Tapi sekarang dia sudah tiada kan. So aku rasa sunyi. Rindu dengar suara dia. Rindu diaaa😭 Ya Allah baru terasa rindu. Masa kakak kata dia mati aku sedaya upaya pekakkan telinga. Tidak sanggup dengan perpisahan!

Sekarang ni pun aku gagahkan juga menulis pasal Tulip sebab aku takut aku akan lupakan dia. Dia sebahagian dari kebahagiaan aku. Kucing kesayangan. Sebenarnya lebih dari kebahagiaan🥀.

Bye Tulip. Berehatlah sepuasnya ya. Mesti penatkan jalan sana sini. Balik rumah makan, tidur. So rehatlah ya. Terima kasih Allah kerana memberi pinjam seekor Tulip buat seketika. Sekurang-kurangnya aku pernah memberi secebis kebahagiaan buat makhlukmu satu ini. Semoga menjadi asbab pahala🤲!


P/s Sepatutnya 5/12 ni second vaksin untuk Tulip. Tapi Allah ambil nyawa Tulip lebih awal😢. Tapi takpa kita hanya mampu merancang kan? Tapi Allahlah sebaik-baik perancang!





Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah