Kisah 'Putih' yang terabai



Ini putih, aku bela dari kecil. Selalu post gambar dia pastu highlight dekat IG personal. Rasanya sampai dia umur berapa bulan entah. Tapi disebabkan kesibukan yang melampau (la sangat), tidak mampu update. Sekarang umur dia sudah dekat 1 tahun. Ya Allah betapa cepat masa berlalu. 

Putih ni jarang sangat sakit. Kalau dia sakit memang huru haralah. Sebab kucing kesayangan. Pergi mana-mana jak dia ikut. Tidak banyak ragam. Masa kecik-kecik selalu bawa meneroka dunia. Di bawah rumah. Biar dia explore dunia yang luas ni. Sebab suatu hari nanti dia kena berdikari sendiri. Macam Tulip. Sekarang Tulip sudah tua. Gigi taring pun banyak yang tanggal. So tidak dapat merasa tulang lagi. Kesian pula tengok. Bolehkah doktor fix gigi Tulip ya? Wonder pula. 

So berbalik cerita Putih tadi, sejak kebelakangan ni perangai dia makin pelik. Hm kenapa ya? Tadi tiba-tiba dia marah Hitam. Entah kenapa! Kakak kata mengandung kali. Tapi mama kata dia jantan lah. Haha.

Then tadi aku nampak dia termenung. Memikirkan apa tah. Mungkin mengenang nasib; 

"Kenapa tuan aku sudah jarang belai aku;')". 
Aduh sedih pula. 

Bukan aku tidak sayangkan Putih cuma terlalu busy. Busy dengan bisnes, kelas online, busy melayan perasaan lagi😹. 

Tapi tu lah rasa bersalah pulak. Kan selama ni aku yang bagi makan, belikan snek, bawa bersiar-siar, selalu belai. Tapi tiba-tiba semua tu hilang dari radar. Mesti dia pelik. Mesti dia rasa 'kosong'. Alamak kenapa sedih ni😹.

Maafkan aku Putih. Aku macam bagi korang merasa puasa. Haha. Sakit juga ya? Mungkin selepas ni kena bagi masa lebih. Tadi sudah buat jadual. 

Alhamdulillah semoga berjayalah follow jadual tu. Padahal selama ni asyik buat jadual pastu tidak ikut pun HAHAHA!

So tadi buat jadual tu pun sebab terbaca buku Aiman × Aiman tu. Pastu tengok tarikh hari ni;

"Eh 31 Mac!". 

Eh? Macam kena pula. So esok my first journey lah untuk bulan April kan? Semoga bulan esok aku lebih matang😹. Matang dalam semua bidang. 

Semoga esok menjadi hari yang lebih bermakna dari hari ini. Huhu. So jangan sedih-sedih dulu ya Putih & the geng. InshaAllah esok-esok ada masa lebih untuk Putih. Sorry abaikan korang selama ni. Mau comeback balik ni. 

Okay nanti sambung cerita Tulip pula. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Takdir

Husnudzon selalu.

Aku gadis hijrah