Ikan Pelik
Hari tu aku nampak ikan dalam akuarium. Muka macam manusia. Ada bentuk otak di bahagian kepala. Mulut terkumat-kamit seperti berzikir. Seorang diri dalam akuarium.
Terus terfikir, kenapa muka macam manusia🤔? Oh mungkin Allah mahu menciptakan dia menjadi manusia tapi dia merayu untuk menjadi ikan. Sebab mungkin dia tidak mampu untuk menanggung amanah sebagai seorang manusia.
Tapi dia tidak terfikirkah? Sekarang dia menjadi haiwan tapi sorang-sorang dalam akuarium tu. Dahlah akuarium tu kecil. Lihat pemandangan sama setiap hari. Hm, kesian.
Tapi tidak apa, mungkin dia tidak pernah menyedari betapa luasnya bumi ini. Allah beri dia kekuatan sebegitu rupa. Dia tidak menyedari takdir dia sebegitu rupa. Dia hanya nampak bahagia dengan cara tersendiri. Padahal kan bahagia bila dapat bebas bersama ikan-ikan lain di luar sana?
Lepas tu dapat berinteraksi dengan ikan-ikan lain. Sekurang-kurangnya dia tidaklah merasa sendirian melewati hidup ini. Mungkin Allah belum beri dia rasa semua itu sebab itu dia tidak sedar pentingnya ada kawan.
Aku harap sangat ikan tu dapat bebas suatu masa nanti. Takut pula dia mati sebelum merasa itu semua. Sebab bila dia mati nanti dia akan jadi debu kan? So tidak dapatlah merasa kehidupan kan? Huhu.
Tapi manusia ni selalu mensia-siakan kehidupan makhluk bernyawa. Dia boleh bahagia tapi dikurung sebegitu rupa. Tiada belas kasihan langsung.
Masa tu bukan nampak ikan jak. Burung-burung pun terkurung dalam sangkar. Menyeksakan. Tapi burung tu still bersiul kegembiraan. Dia fikir itulah kegembiraan dia di dunia ni mungkin.
Itulah, kadang kita tidak sedar pun tentang makna 'kebebasan'. Selama ni kita seperti di dalam gua. Sibuk memikirkan apa yang akan jadi untuk hari esok. Sepatutnya kita nikmati hari ini. Kerana hari esokkan belum pasti..
Percayalah takdir ikan tu mesti indah pada akhirnya. Yang penting yakin dengan doa. InshaAllah suatu hari nanti dia akan bebas sebebas-bebasnya. Menikmati dunia yang luas ni walaupun sementara saja. Tapi semua makhluk kan berhak untuk bahagia?
Comments
Post a Comment