Merdekakah kita?
Apa khabar merdeka tahun ni?
Harap semua dalam keadaan baik. Doakan keluarga sahabat aku yang disyaki terkena covid-19 ya. Berita sedih sehari sebelum kemerdekaan ;(
Semoga semuanya baik² sahaja. Semoga siapa sahaja di luar sana yang terkena musibah ini, semoga semuanya bertabah. Allah uji sebab Allah sayang!
Sudah 2 tahun kita dilanda ujian sebegini. Mesti semua tertanya² bila semua ni akan berakhir. Kes semakin hari semakin meningkat. Semuanya bikin merungsingkan.
Allah!
Doa banyak² ya - agar Allah angkat wabak ini.
Jangan pernah berhenti.
Ingat, kita belum lagi merdeka sepenuhnya. Wabak masih belum berakhir. Kini nyawa manusia direntap tanpa kira waktu.
So jangan lupa ambil vaksin ya semua. Salahsatu ikhtiar kita sebagai hamba Allah. Doa tanpa usaha tu tidak akan datangkan hasil tau.
Manusia diberi pilihan. Mengubah nasib atau berdiam diri? Pilihan terletak di tangan masing-masing.
Cerita sikitlah. Semalam Ustaz bagitau. Kami kena struggle lebih bermula sekarang. Kena push diri untuk menghafal. Sebab kami cuma ada masa lagi 2 bulan sebelum exam final. So hari ni kami betul² tidak merdeka.
Ustaz suruh kurangkan kerja lain. Buat suasana di bilik sendiri. Sebab sekarang kan PKP so terpaksa struggle sendiri dari rumah.
Banyak gangguan lagi.
Ya Allah jagalah emosi kami saat ini. Jangan biar ia terganggu. Kerana fokus adalah keutamaan kami saat ini.
Kena hantar 1 maqra' setengah setiap hari. Mudahkanlah ya Allah!
Doa! Semoga pengorbanan 2 bulan ini mendatangkan kemerdekaan sebenar bila dapat hasilnya nanti.
Hm tapi tu lah sekarang ni boleh pula update blog kan. Mood tiba² mau menulis.
Maaf ya lepas ni sudah tidak aktif sangat sama medsos. FOKUS!
Okaylah ASSALAMUALAIKUM
Dan..
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64!
Ingat, kita belum merdeka :')
Comments
Post a Comment