Posts

Aku dan bipolar

Assalamualaikum and hai. Hari ni saja mau share tentang kisah aku. Aku salah seorang pesakit bipolar disorder. Yang mulanya type 1 tapi berpindah kepada type 2. Sebab mula-mula aku kena pun sebab full manic. Masa tu hilang kesedaran terhadap realiti. Penuh dengan halusinasi masa tu. Dia bermula hujung tahun 2018. Tangan aku bengkak. Kaki aku sakit sampai aku tidak boleh berjalan. Sebulan aku terlantar di rumah. Hanya mampu dipapah kalau mahu ke mana-mana. Bermacam-macam ubat aku makan. Aku pada mulanya bukannya pandai makan ubat biji-biji tu. Tapi sejak aku sakit, dari situlah aku belajar untuk makan. Aku sebenarnya tidak tahu pun aku sakit depression ni sampailah satu hari tu time aku terlantar di bilik aku merepek bukan-bukan dalam group telegram. Aku ubah dp dengan kata-kata. Yang aku ingat aku cakap kat dp tu kawan aku di bulan. Masa tu tiba-tiba orang dalam group tu cakap baik aku pergi jumpa psikatris. Tapi masa tu masih bingung lagi. Sebab diri sendiri pun tidak sedar apa yang b...

Overthinking pembunuh senyap !!

Image
Sering terjadi sesuatu yang membuatkan kita overthinking. Mungkin saja kita memikirkan perkara yang sudah berlalu iaitu trauma masa lalu.  Atau mungkin memikirkan masa depan yang belum terjadi. Atau mereka-reka cerita horror dalam minda. Semua tu punca kita overthinking. Bagaimana untuk atasi? Nampak mudahkan untuk menanyakan soalan ini. Namun jawapannya tak semudah itu.  Jawapan sudah ada pada diri. Tapi tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya lagi. Mungkin belum kuat lagi! Tidak mengapa teman. Allah akan selalu ada. Antara ujian yang paling berat adalah ujian perasaan.  Yakni OVER THINKING itu jugak. Kalau terjadi perkara ini cepat² istighfar. Aku tahu bahawa kau telah melaziminya sehari-hari. Dan mungkin adakalanya mulut kau terkunci. Mungkin terlalu lelah. Tidak mengapa, yang penting kau telah berusaha.  Over thinking boleh menjadi racun teman. Saat ia mewarnai minda dengan warna² gelap dan keruh. Ia mampu membunuh kita dalam diam. Maka, jika ia...

Selamat tinggal Putih 🍃

Image
Sad-tember. Putih yang dicintai pun telah pergi buat selamanya. Mungkin ini kiasan di saat aku melepaskan amanahku baru² ini.  Mama dan cousin tahu lebih awal tapi dorang tidak bagitau aku, mungkin takut aku sedih. Tapi akhirnya dapat tahu juga semalam. Lepas balik dari vaksin aku panggil² nama Putih tapi tidak menyahut. Terus pergi rumah sebelah tengok dalam almari tempat dia bersorok selalu. Tapi malangnya tiada juga. Tercari-cari, akhirnya mama cerita semuanya. Cousin jumpa Putih dalam almari tu. Putih dikuburkan tanpa pengetahuan aku. Tidak sempat jumpa Putih buat kali terakhir.  Sebenarnya Putih digigit kucing sampai luka teruk. Rasanya ada luka dalaman sebab 2 hari lepas gaduh dia nampak lemah sangat. Lagi menyedihkan bila pakcik terkunci dia dalam almari bantal sehari lepas gaduh. Masa tu badan dia lemah. Aku jerit panggil nama dia. Last² mama jumpa dalam almari bantal tu. Terus pergi tempat almari dia selalu bersorok tu. Kesian sangat tengok sebab muka dia ...

Merdekakah kita?

Image
Apa khabar merdeka tahun ni?  Harap semua dalam keadaan baik. Doakan keluarga sahabat aku yang disyaki terkena covid-19 ya. Berita sedih sehari sebelum kemerdekaan ;( Semoga semuanya baik² sahaja. Semoga siapa sahaja di luar sana yang terkena musibah ini, semoga semuanya bertabah. Allah uji sebab Allah sayang! Sudah 2 tahun kita dilanda ujian sebegini. Mesti semua tertanya² bila semua ni akan berakhir. Kes semakin hari semakin meningkat. Semuanya bikin merungsingkan.  Allah!  Doa banyak² ya - agar Allah angkat wabak ini.  Jangan pernah berhenti.  Ingat, kita belum lagi merdeka sepenuhnya. Wabak masih belum berakhir. Kini nyawa manusia direntap tanpa kira waktu.  So jangan lupa ambil vaksin ya semua. Salahsatu ikhtiar kita sebagai hamba Allah. Doa tanpa usaha tu tidak akan datangkan hasil tau.  Manusia diberi pilihan. Mengubah nasib atau berdiam diri? Pilihan terletak di tangan masing-masing. Cerita sikitlah. Semalam Ustaz bagitau. Kami kena...

Si Bongsu !

Image
Assalamualaikum. Lama tidak dengar khabar kan. Alhamdulillah aku sihat. Tengah struggle sekarang ni. Doakan aku ya. Alhamdulillah dapat masuk ITQAS. Sebelum ni dapat tawaran di IPDAS. Sempatlah masuk kejap. Tapikan suatu hari tu tiba² tergerak hati PM Ustaz Sahiful tanya tentang ITQAS. Alhamdulillah tiba² hari tu juga Ustaz bagitau boleh masuk sana. MashaAllah sudahlah pilihan pertama. Masa tu happynya hanya Allah yang tahu. Sebenarnya sepanjang mau dekat 2 bulan ni banyak benda aku belajar. Tidak sia² perjuangan tinggalkan diploma di IPDAS. Bak kata Ustaz Sahiful; "Yakinlah akan ada rezeki untuk kamu di luar sana."  Tapi perjuangan masih belum selesai tau. Banyak sangat dugaan. Air mata biasa menemani diri sama macam kawan yang lain. Oya! Yang bestnya pelajar perempuan cuma ada 3 orang tau haha. Pastukan lagi best bila tasmi' dipisahkan dari pelajar Banin. MashaAllah heaven 😂. Hm satu lagi Ustaz gelarkan kami Si Bongsu. Kebetulan semua bongsu. Haha. Perangai...

TRAUMA

Trauma yang aku rasakan sangat perih. Seiring waktu berlalu ia seolah masih berlegar lagi di ingatan. Ku ingat akan lupus dek waktu yang berlalu. Rupanya makin hari makin bertambah. Adakah imanku lemah? Ya Tuhan, berilah hidayah. Aku trauma dengan semua ini. Tidak mengerti apa yang berlaku. Terkadang aku seperti manusia yang hilang akalnya. Tidak tahu yang mana logik diterima akal dan yang mana tidak. Aku menderita seperti ini. Hampir sedekad lamanya. Namun masih bergelumang dalam mimpi-mimpi yang dibawa sendiri. Masih menanti sesuatu perubahan. Masih takut sendiri.

Selamat tinggal teman...

Image
Selamat tinggal teman. Kali ini aku akan pergi jauh. Jauh dari kamu semua. Kali ini aku nekad. Kamu seolah menjauhkan diri daripada aku. Lebih baik aku menjadikannya realiti.  Sebenarnya aku rindukan kamu. Tapi semuanya tidak berguna lagi. Aku telah mati di mata kamu. Biarkan diriku sendiri ya. Ikhlaskan pemergianku. Jangan pernah tangisi. Okay teman.  Aku penat sangat. Tiada tempat berehat. Hidup ini memang begini ya. Tidak disayangi lagi. Tiada tempat untuk bertenang.  Duhai diri.  Kuat itu pilihan. Ada teman atau tidak ujian akan datang bertandang jua. Jadi pilihan terletak di kedua tangan itu. Pilih yang terbaik ya! Salam ikhlas dari diri.