Husnudzon selalu.
"Assalamualaikum."
Notification masuk. Lalu aku pun membalasnya.
"Waalaikumsslm wrb. Ini kak Ain?"
Walaupun aku curiga pada mulanya namun aku yakin itu dia.
"Eh macam mana kenal ni?"
Hatiku tergelak kecil. Mana tak kenalnya kalau akak tu yang selalu beri perhatian pada aku. Sejak join usrah ni aku merasa tenang sangat. Baru tahu betapa indahnya ukhuwah itu.
Lalu kami pun berborak panjang. Namun aku seperti biasa hanya menjawab sepatah-sepatah.
Bila ditanya sesuatu hanya membalas dengan kata ya ataupun tidak saja.
haha. Lucu pula bila ingat.
Perbualan panjang pun berakhir. Kak Ain tiba-tiba send satu lagu ni. Tajuknya syamail muhammadiah👇.
Aku dengar sambil nangis masa tu. MashaAllah begitu indahnya sebuah persahabatan kan. Sahabat yang baik adalah dia yang selalu mengingatkan kita kepada Allah dan rasulNya.
Aku sangat hargai sebuah persahabatan yang ikhlas.
Tapi malangnya semua itu telah berakhir.
Aku yang mengakhirinya.
Ya Allah ampuni hamba. Aku telah memutuskan tali silaturrahim bersama hambaMu yang berhati mulia.
Kepada kak Ain, maaflah kalau ada salah;')
Aku ingat lagi sampai call kak Ain masa sakit hari tu dan bagitau mahu jadi adik angkat.
Tapi kenapa sampai sekarang semua orang seolah pergi jauh dari hidup aku. Kenapa semua orang tak pernah cari aku lepas tu?
Ya Allah andai ini atas sebab dosa yang ada dalam diri ini, Hida mohon ampunilah! Airmata kali ini tidak mampu dibendung lagi. Aku perlukan teman. Aku selalu doa agar dihadirkan orang-orang yang benar-benar mencintai aku kerana Allah dan dijauhkan dari orang-orang yang mencintai aku kerana dunia semata-mata.
Sampai bila aku macam ni ya Allah. Sendiri dan sepi. Kawan-kawan semua sibuk. Di mana makna ukhuwah yang kita bina selama ini teman. Di mana?
Namun aku redha andai ini adalah sebahagian daripada takdir hidup ini. Semoga ada hikmah yang tersirat dari semua ini.
Comments
Post a Comment